Azelia pergi sejauh 6,360km untuk belajar di Australia, dan kini dia tidak dapat membayangkan kehidupan di luar Melbourne

Hi! Nama saya Azelia Lim, saya sedang mengikuti ijazah Sarjana dalam Inovasi Makanan dan Pembungkusan di Universiti Melbourne, dan inilah cerita saya.

Semuanya bermula pada akhir tahun 2012, apabila ibu bapa saya membuat keputusan untuk menghantar saya ke luar negara untuk meneruskan pengajian tinggi saya. Setelah selesai kursus Sijil Pelajaran Australia Selatan (SACE) di sebuah institusi pendidikan swasta di Malaysia, saya mengalami kebuntuan dengan langkah seterusnya untuk melanjutkan pelajaran.

Sejurus mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan dan ahli keluarga saya, serta membuat kajian sendiri, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam Sarjana Muda Pemakanan Manusia di Australia kerana minat saya dalam bidang makanan, pemakanan, dan kesihatan. Selain itu, kedua-dua kakak saya dan ramai saudara-mara yang lain telah pun menetap di Melbourne, jadi langkah terbaik saya adalah untuk berpindah ke sana.

Tidak lama selepas membuat keputusan, saya pun memulakan perjalanan saya dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Melbourne, Australia. Pada ketika itu saya hanyalah, seorang gadis berumur 18 tahun yang baru sahaja tamat Tahun 12, bersedia untuk memulakan kehidupan di negara asing, 6360 kilometer dari tanah airku.

Walaupun separuh daripada ahli keluarga saya sudah pun berada di Melbourne, saya masih berasa gementar. “Adakah mereka akan sukakan saya? Dapatkah saya menyesuaikan diri?” Persoalan-persoalan begini asyik muncul di benak fikiran sepanjang perjalanan saya yang memakan masa 8 jam itu. Tetapi semuanya lenyap apabila saya tiba kerana telah disambut dengan penuh mesra pada hari itu dan hari-hari berikutnya.

Budaya Melbourne yang penuh mesra memberi perasaan positif dan saya tidak perlu mengubah diri saya untuk menyesuaikan diri. Dari sudut perbualan dengan orang asing yang ramah, menikmati aroma kopi segar “Melbournian” di penjuru jalan, hinggalah lorong-lorong “hipster” dan dinding penuh graffiti yang “instagrammable”, saya tidak dapat membayangkan kehidupan di luar bandar yang indah ini.


Menerokai dinding graffiti di Fitzroy, Melbourne

Selepas tamat pengajian sarjana muda saya, saya menyedari bahawa kerjaya ini tidak memadai. Walaupun kebanyakan rakan kursus saya menyambung ijazah sarjana dalam bidang berkenaan, saya lebih beminat dalam bidang inovasi makanan dan keupayaan saya menggunakan konsep ini untuk memastikan bekalan makanan mencukupi populasi yang berlipat ganda.

Atas banyak penelitian, saya memutuskan bahawa Sarjana Inovasi Makanan dan Pembungkusan di Universiti Melbourne adalah kursus terbaik untuk saya. Kursus ini bukan sahaja dapat menambah ilmu dan kemahiran saya dalam inovasi makanan, ianya juga mengambil kira aspek-apek lain dalam sistem makanan seperti kimia makanan, keselamatan makanan dan pembungkusan makanan. Aspek pemasaran dan pengurusan dalam kursus ini juga meningkatkan pemahaman bisnes saya – sebuah komponen penting dalam bidang inovasi makanan. Tambahan pula, program latihan yang sedia ada membolehkan saya mendapatkan pengetahuan lebih lanjut daripada syarikat barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG), Mondelez International.


Gambar kelas dari program intensif musim panas Perolehan dan Pengurusan yang telah saya menyertai sebahagian ijazah sarjana

Selain daripada kehidupan di universiti, saya juga aktif dalam Kumpulan Graduan Pertanian dan Makanan (GAFS) – sebuah kumpulan untuk pascasiswazah pertanian dan sains makanan. Melalui GAFS, saya telah menambah kemahiran kepimpinan dan mendapat peluang berkenalan dengan orang ternama dalam industri pertanian dan sains makanan di Australia.


Ahli Jawatankuasa Kumpulan Graduan Pertanian dan Makanan (GAFS) 2016

Dengan hanya enam bulan yang tinggal untuk menghabiskan kursus ijazah sarjana saya, saya hanya boleh tertanya-tanya akan kehidupan di luar alam universiti. Walaupun persoalan meninggalkan alam universiti semakin nyata dan mendebarkan, saya juga teruja dengan masa depan yang cerah mulai perjalanan baharu ini.

Pengalaman saya di Universiti Melbourne akan sentiasa disimpan di hati, dan ianyalah semangat mengejar impian sendiri yang membantu saya melalui segalanya. Oleh itu, kepada semua pembaca-pembaca blog ini, jika anda tidak pasti akan masa depan ataupun ke mana anda hendak menentu, ikutilah suara hati anda dan di atas segala-galanya – lakukan apa yang anda suka, dan sukai apa yang anda lakukan.

Related Stories

Have a question about studying with us? Enquire now